Monday, October 10, 2011

KELAS

       kelas, peh dulu lau cakp sal kelas jew mesti semua orang malas nak pergi kan? nak nak dapat cikgu yang garang. memang tak la nak g kelas tu. lepas tu setiap kali nak pergi kelas sure kita fikir home work yang bertimbun yang belum lagi kita buat tu. time tu la kita nak gelabah bagai. namun kini, semuanya telah berubah dengan drastiknya. if nak g kelas, juz bawa pen and notebook jew...huhuhu... memang jauh perbezaan kelas kat sekolah ngan kelas kat universiti ini.
      Dulu kene bangun pagi nak pergi kelas  takut lambat masuk kelas la kate kan. but now, nak pergi ikut dan jew. if xnak ketinggalan apa-apa info yang lecture nak sampaikan maka kena datang awal lah kita kan. TIDO LEWAT, ini lagi satu hal yang tak dapat nak bendung lagi ni. boleh dikatakan setiap hari mahasiswa di U ni akan menjadi BURUNG HANTU yang bukan menunggu bulan. tapi melayan kerenah kawan yang tak boleh tidur or dok layan MOVIE sampai hafal setiap dialog yang digunakan.
      Inilah life baru untuk budak-budak tahun satu di universiti. mana-mana student yang tak dapat handle time managment dorang maka akan hanyutlah mereka. dimana letaknya asingment, di mana pula letaknya  hiburan, untuk projek lak ermm pandai-pandailah kowang ea...hahaha....ok si u daa......

Sunday, October 2, 2011

Mulanya

Assalamualaikum....w.b.t.
dan selamat sejahtera....

  aku dah lama tak layan blog-blog ni....so untuk mengasah semula bakat penulisan aku yang dah tumpul ni, maka aku akan cuba untuk mengaktifkan diri dalam seni penulisan blog ni. kepada sesiapa yang tidak suka akan teknik penulisan aku, sila-silalah bg komen yang membina, agar aku dapat menjadi lebih baik dan baik...lepas tu..makin baik...dan jadi baik lagi..hahahaha....(whatever)... okaylah isu pertama yang aku nak kupas (macam nak masak jew) fasal semangat  yang dibawa semasa kaki melangkah ke legasi UNIVERSITI.

Kisah 1: Surat tawaran..

     Deruman enjin motorsikal posmen menggegar jalan di kampung Pulai. Habis berterbangan  daun-daun kering yang menjadi penutup jalan itu. Jauh di hujung jalan kelihatan seekor anak kerbau bertatih-tatih di tepi jalan yang sebelahan dengan sawah padi. Anak kerbau yang baru lahir dua hari lepas itu berasa amat gembira. Langkah demi langkah dicipta oleh  anak kerbau itu. Semakin lama semakin laju langkahnya. Tanpa disedari oleh  anak kerbau itu, kini dia telah berada di tengah jalan. Ibu kerbau sedang leka bermain dengan lumpur-lumpurnya. Anaknya tidak lagi dihiraukan. Anak kerbau berasa amat gembira sekali. Berada di tengah jalan raya, ibarat satu kebanggaan.
         Si posmen, masih leka menghayati keindahan suasana kampung. Kelihatan anak-anak kecil sedang  bermain di halaman-halaman rumah mereka. Si posmen tersenyum sendirian. Tiba-tiba tanpa diduga, si posmen itu terlihat satu lembaga di tengah jalan. Lama si posmen memerhatikan lembaga itu. Otaknya dikerah bekerja keras untuk mentafsir lembaga apakah itu. Dalam jarak tidak lebih 1 kilo meter, si posmen mengurangkan kelajuan jentera bermotornya menjadi 40 kilometer sejam. Semakin dia hampir, semakin dia jelas kelihatan lembagaa itu tadi. Kini barulah posmen itu, dapat mentafsir lembaga apakah yang telah menjadi persoalan di mindanya sebentar tadi.
       Si anak kerbau kini juga telah menyedari kehadiran posmen itu. tetapi dia berasa hairan.
" Mak! binatang apa tu?" jerit anak kerbau. Ibu kerbau, meneliti apakah yang dimaksudkan oleh anaknya itu. "oh anak ku itu posmen lah!" jerit ibu kerbau itu. si anak itu kelam kabut berlari keluar daripada jalan  raya itu. Si ibu berasa lega sekali. Kini anaknya telah selamat daripada satu kemalangan jiwa.
    Posmen berasa terpegun kerana anak kerbau itu seperti mengetahui akan kehadirannya. Perjalanan kini diteruskan. Si posmen mengagak ngagak di manakah  letakknya rumah yang beralamat no.32 lot lo6b kampung teknologi. Matanya melilau-lilau mencari alamat rumah itu. Setelah sekian lama mencari dan tidak juga dia temui rumah itu, si posmen mangambil keputusan untuk bertanya kepada orang kampung berkenaan alamat itu." emmm.... ha! ada pon orang, agaknya mak cik itu tahu dimana alamat ini." agak  si posmen. setelah berhenti berdekatan dengan mak cik itu, si posmen itu pon bertanya.
"Mak cik tahukah alamat rumah ini.? si posmen menunjukkan surat tersebut kepada mak cik itu.
"Oh, rumah ni! Dekat saja nak." jawab mak cik itu.
"Dimana? boleh  mak cik tnjukkan kepada saya?" pinta si posmen.
Setelah lama berfikir,  mak cik itu pon bersetuju untuk menunjukkan rumah itu. Setelah mengemas barang-barangnya, mak cik itu pon terus naik ke atas motor si posmen itu.
" Eh! Apa yang mak cik buat ni?" soal posmen terkejut.
" Lah, kata nak mak cik tunjukkan rumah itu tadi?" jawab mak cik itu.
Si posmen terkedu sebentar, dia berasa aneh sekali, namum dia tidak cepat melatah. Terasa malu sekiranya kawan-kawannya tahu akan berita ini. Lalu dia mencari akal untuk mengelakkan dia membawa mak cik itu.
" Mak cik saya tidak kesah mak cik nak naik dengan saya, tapi mak cik kena tahu motor saya ini bermeter, jadi faham-fahamlah ye." kata si posmen sambil tersenyum.
"uih... mak cik fahamlah sayang, nanti sampai  kat rumah tu, kamu dapalah bayarannya, lebih dari meter kamu itu."kata mak cik itu tesengih-sengih.
" Lebih dari meter saya?" si posmen kehairanan.
" Alah kamu ni macam tidak biasa saja, di bandar kamu tidak akan pernah dapat bayaran sebeginilah. Jika mahu sudah pasti kamu mesti membayarnya dengan harga yang tinggi." jelas mak cik itu tadi, sambil menepuk-nepuk bahu si posmen itu.
      Kini akal si posmen itu terus menerawang jauh. Nafsunya seperti tidak dapat dikawal lagi. Akalnya buta. otaknya kini membayangkan gadis-gadis kampung yang cantik. Tanpa meneruskan pertanyaan kepada mak cik itu, si posmen terus memutar trotal minyak motor EX5nya. Dalam perjalanan itu, akal jahatnya seperti tidak dapat dikawal. Nafsunya semakin mengganas di dalam gelodak jiwa. Si posmen membayangkan mak cik itu merupakan mak ayam di kampung itu.
" Hah, itu lah rumah dalam alamat itu tadi." tiba-tiba mak cik itu  bersuara.  Si posmen terus memberek motornya dengan tiba-tiba. Hampir-hampir mak cik itu terjatuh. Nasib baik mak cik itu berpaut pada badan si posmen itu.
" fuh! Lembutnya.." akal si posmen itu mentafsir apa yang dirasa dibadannya sekarang. Namun dia tidak menyedari bahawa apa yang dirasanya adalah guni baja yang di pegang oleh mak cik itu dari tadi lagi. kini habis baju si posmen itu dikotori dengan tanah dan baja yang melekat di guni itu.
" Maafkan mak cik ya?" mak cik itu berasa serba salah.
" Tak apa, mak cik, saya faham." jawab si posmen itu.
Setelah tiba di halaman rumah itu, mak cik itu pun turun daripada motor  lalu terus menuju ke pintu rumah itu. Dengan selamber nya mak cik itu masuk ke rumah itu. Si posmen kehairanan. Adakah orang kampung ini memang sesuka hati boleh masuk ke rumah sesiapa pun.
Tiba-tiba mak cik itu keluar. " Marilah sini nak, buka baju tu." jerit mak cik itu.
si posmen terkejut. Namun dia tetap membuat muka machonya. perlahan-lahan dia pergi ke mak cik itu.
" cepatlah nak oi" jerit mak cik itu tadi. Kaki si posmen semakin laju. Dia merasakan bahawa Mak cik itu seperti tidak sabar melihat dia beraksi dengan anak mak cik itu.
" Nah! amik tuala ni. bilik air di luar sana." kata mak cik itu.
si posmen kehairanan. " mak cik nak saya mandi dulu ke?
"iyalah, nanti badan kamu berbau baja. Tadikan kamu terkena guni baja mak cik tu?" jelas mak cik itu.
si posmen berasa aneh sekali. tetapi demi nafsu yang di pacu, beliau mengikut juga suruhan mak cik itu.
Selang beberapa minit, posmen pun keluar dari bilik air itu, di lihatnya, mak cik itu sedang memegang kain pelikat. Posmen berjalan kepada mak cik itu dengan lajunya. langkahnya teratur sebagai seorang yang macho.  "Baiklah mak cik saya sudah bersedia." jelas si posmen itu. Mak cik itu terpinga-pinga.
" bersedia untuk apa?" kata makcik itu.
"bukankah mak cik nak bayar saya?" jelas posmen itu.
" ohh" kata mak cik itu. Kini barulah dia faham, lalu mak cik itu pun memberi kain pelikat  di tangannya itu, lalu diberikannya kepada posmen itu. lalu makcik itu mengajak posmen itu masuk ke rumahnya itu.
     " Minah! oh Minah!" jerit makcik itu. terpinga-pinga si posmen. pelbagai bayangan gadis di matanya. jahat akalnya saat ini.
"ye mak. Kenapa?" jawab minah dari dapur. perlahan-lahan minah mmengangkat dulang air ke ruang tamu rumahnya. dari jauh dia berasa hairan akan tetamunya kali ini. "posmen?" jerit hati kecil Minah. Tetapi Minah tetap cool, dia terus membawa dulang yang berisi air itu ke ruang tamu itu.
perlahan-lahan minah menuang air ke dalam cawan itu. matanya sesekali menjeling ke arah posmen itu. Posmen juga menjeling ke arah Minah, tetapi secara spesifiknya ke arah badan Minah. Semakin nakal si posmen itu.
" Minah ini posmen yang tumpangkan mak tadi, dia ada surat untuk rumah ni katanya." tibba-tiba makcik itu bersuara. Terkedu posmen itu. Kini dia berasa aneh sekali. sebenarnya apa yang sedang berlaku sekarang.
"makcik alamat di dalam surat tadi adalah alamat rumah makcik" soal posmen itu.
" iyalah nak, kenapa?" makcik itu memandang terus ke mata posmen itu.
"kenapa makcik tak bagi tahu awal-awal? jika saya tahu"
"jika saya tahu apa nak? kamu tidak mahu tumpangkan makcik ke?" satu soalan bazoka di berikan kepada posmen itu.
" bukan begitu mak cik" jawap si posmen.
" habis tu ?" soal makcik itu lagi.
Minah hanya memerhatikann situasi yang berlaku kini, dia lebih rela berdiam diri daripada masuk campur dalam urusan orang-orang yang sudah tua ini.
" tidak ada apa-apalah makcik, habis tu tadi makcik cakap nak bayar saya tu?" soal posmen itu lagi untuk kepastian.
"oh! itukah? memanglah makcik nak bayar kamu, makcik tahu sekarang tiada benda yang free." jawab makcik itu.
"fuh lega." si posmen melepaskan satu keluhan berat. hatinya gembira semula, kini dia tahu dia akan dapat meratah tubuh anak makcik itu yang gebu dan putih itu.
" Minah, bawa abang ni ke dapur nak. suruh makcik itu.
"dapur? kenapa dapur? bukan bilik ke?" tiba-tiba posmen itu bersuara. makcik dan Minah saling berpandangan. mereka hairan akan soalan posmen itu.
" iyalah di dapurlah, ini bukan negara barat nak makan di bilik." jawab makcik itu.
"makan?" soal posmen itu lagi.
"sudahlah kamu ni banyak soallah. pergilah ikut Minah ke dapur." tegas makcik itu. posmen perlahan-lahan mengikut minah. matanya memandang pinggul minah yang mantap itu. setelah tiba di dapur, posmen memerhatikan dapur makcik itu sungguh luas. dan agak selesa untuk membuat aksinya. Dia tidak kesah akan tempat, janji dia dapat makan seperti yang dimaksudkan oleh makcik itu.
" hah, cepatlah minah, abang nak makan ni."" tiba-tiba posmen bersuara.
"makan? sabarlah abang, kita tunggu mak dulu ya?" jawab Minah.
" Tunggu mak? mak pun nak makan sekali ke?" soal posmen itu lagi.
"lah abang ni, mestilah mak nak makan. mak tua-tua macam tu pun kuat makan tau." jawab minah dengan senyuman.
"iyakah? berapa round selalunya mak makan? Minah pula barapa raound?"soal posmen itu semakin tidak sabar.
" mak makan satu atau dua round, tapi minah satu round je. tak laratlah abang." jawab minah sambi tersipu-sipu malu.
Selang beberapa saat, makcik tiba didapur sambil memegang ulam-ulam kampung. posmen terus memerhatikan makcik itu. akalnya membayangkan perkara yang jahat-jahat sahaja.
" Minah, apa tunggu lagi, cepat ajak abang tu makan." tiba-tiba makcik bersuara.
Dengan rakusnya, tiba-tiba posmen itu teus membuka baju dan tuala yang diikat segak di badannya itu. Minah yang terpandang aksi posmen itu terus menjerit kuat. posmen itu, terkejut akan jeritan minah itu. dia berasa hairan. mengapa Minah menjerit. Makcik dengan pantasnya menjenguk apa yang sedang berlaku. makcik terkejut melihat posmen itu sedang berbogel.
" nak! kenapa kau bogel ni?" soal makcik itu dengan marahnya.
" makcik kata tadi dah nak makan." jawab si posmen.
"kepala hotak kamu makan bogel!" marah makcik  itu.
" habis tu nak macam mana  lagi, kan selalunya orang bogel." jawab posmen semakin kehairanan. selang beberapa detik barulah si posmen itu perasan bahawa dia telah salah faham akan apa yang dimaksudkan oleh makcik itu. kini mukanya tebal sekali. dengan pantas dia mmenyarung semula pakaiannya lalu berlari pergi meninggalkan makcik itu. setibanya dia di matornya dia terpandang akan surat yang untuk anak makcik itu. Aminah bt Amin. Lalu dia terus meletakkan surat itu di atas tangga rumah makcik itu. Tanpa membuang masa, posmen itu terus memecut laju tanpa memandang sedikit pun kearah belakang. Rasa malunya tidak dapat dibendung lagi. Akan terlalu mengikut hawa nafsu, perkara sedemikiann rupa telah berlaku.
"surat apa ini jenab?" soal Pak Amin.
"surat? suarat apa? mari saya lihat." pinta mak Jenab.
"ini surat unttuk minah."mak Jenab bersuara. "Minah! oh Minah! ada surat untuk kau ni." jerit mak Jenab.
" Surat apa mak?" soal minah. setelah membuka isi kandungan surat itu, Minah menjerit sekuat hatinya. Rupa-rupanya ini adalah surat tawaran melanjut pelajaran ke peringkat ijazah.Mak Jenab dan Pak Amin turut berasa gembira sekali. Tetapi mak Jenab hairan, bilakah posmmen menghantar surat. mereka tidak perasan pula.
"tadi Minah, ada dengar posmen datang?" soal mak Jenab.
"posmen?" minah termenung sebentar.
tiba-tiba dia terus memandang ibunya. Pandangan itu terlalu dalam, dan penuh bermakna. Lalu barulah mak Jenab faham akan pandangan Minah itu. Mereka saling berpandangan lalu ketawa terbahak-bahak.
Pak Amin kehairanan melihat telatah dua beranak ini. Namun dibiarkan saja soalan itu kerana dia berasa amat gembira akan berita yang baru diterimanya itu.

                                       ***bersambung jika ada sambungan***